Friday, October 22, 2004

Salam Ceria Pagi Jumaat...:)

Assalamualaikum wbt.. salam Ramadhan.. penuh keceriaan..
Alhamdulillah dah seminggu berpuasa...Moga ramadhan kali ini meninggalkan seribu kemanisan dan meningkat ketakwaan kepada Allah SWT. Awal pagi yang ceria moga membawa erti yang amat bermakna dalam menempuh liku-liku khidupan hari ni dan akan datang... Sedikit ingatan buat diri-sendiri dan sahabat yang dikasihi sekalian.... ingatlah bahawa Allah sentiasa memerhatikan setiap gerak langkah kita.. Malaikat sentiasa taat pada tugas mecatit setiap gerak dan setiap detik anak adam.. Musuh kita sedang dibelenggu... maka rebutlah peluang ini.. jangan biarkan masa berlalu tanpa berasa bersalah...Moga setiap kurniaan yang Allah berikan, diterima dengan rasa penuh kesyukuran... Ya Allah kurniakan lah kami ketenangan jiwa.. istiqamahkan lah kami dalam mengakkan agamaMU Ya Allah... Engkaulah sebaik-baik tempat kami bergantung... kamilah hambaMU yang dhaif....

No comments: